Siapa tulis cerpen Raja Sembur dalam Utusan ini? Sungguh sedap...
RAJA SEMBUR
TIDAK. Tidak seorang pun percaya berita tersebar itu. Berita yang dijerit-jeritkan itu. Mula-mula disebarkan oleh budak-budak. Mereka berkeliling kampung sambil menjerit-jerit mengkhabarkan berita gempar itu. Kemudian, budak-budak muda. Dan kemudian, orang dewasa pula.
“Betulkah Mat?”
“Betul, Pak Usop. Saya dengar sendiri.”
“Engkau dengar daripada siapa?”
“Daripada siapa lagi, Brahimlah.”
“His, aku tak percaya.”
“Brahim telefon. Dia ada dalam majlis sambut Raja Sembur.”
Memang Pak Usop tidak percaya. Tidak masuk akal langsung. Bukan Pak Usop saja. Pak Maun, Pak Aziz, Makcik Timah, Kak Sal, Abang Sudin pun tidak percaya.
Esoknya, berita yang dijerit-jeritkan itu. Berita yang sukar dipercayai itu tersiar dalam surat khabar. Riuh orang sekampung. Habis licin surat khabar dibeli orang. Kak Sal, Abang Sudin, malah Pak Usop yang tidak tahu baca pun beli surat khabar juga. Semuanya kerana berita gempar itu. Berita yang sukar dipercayai itu kini menjadi juadah mulut dan telinga. Di kedai-kedai kopi, di halaman rumah di bawah pohon beringin, malah di sekolah pun orang bercakap fasal Raja Sembur.
Selanjutnya...
Showing posts with label Cereka. Show all posts
Showing posts with label Cereka. Show all posts
Wednesday, 27 August 2008
Monday, 12 February 2007
LUKA
Hatiku terluka dengan perbuatan si dia...
Segala harapan yang aku berikan rupanya tipu sahaja...
Dia tidak pernah ikhlas...
Aku sudah benci dia...
Segala harapan yang aku berikan rupanya tipu sahaja...
Dia tidak pernah ikhlas...
Aku sudah benci dia...
Tuesday, 9 January 2007
Novel - Berontak 2021

2021
Kemusnahan tamadun tercetus bagai bom nuklear yang berangkai. Kewarasan, dinaungi seribu satu kejahatan. Manusia berkurangan. Android berlambakkan. Tiada perseimbangan.
Masa berlalu pantas. Genting. Putaran jam memecut. Menuju kehancuran.
Mampukah bumi diselamatkan kitaran hayatnya? Mampukah kewarasan dikembalitakhtakan dan seterusnya pemberontakan android dipatahtewaskan?
Mari, kita bersama di dalam pengembaraan sekumpulan anak muda, di dalam pertempuran menegakkan ketamadunan manusiawi.
***
(Novel ini dijangka berada di pasaran pada pertengahan tahun dua ribu tujuh belas. Sempena menyambut detik kemerdekaan Malaysia yang ke enam puluh.)
Subscribe to:
Posts (Atom)