ADDRESSING MULTI-PLATFORM AND NEW MARKETS FOR YOUR FILM AND AUDIO VISUAL PRODUCTS.
Date : Thursday 25th September 2008 Time : 10am - 5pm
Date : Friday 26th September 2008 Time : 10pm - 1pm
Venue : Theatre P. Ramlee, FINAS
With International Producer and Publisher: MICHAEL WIESE
DAFTAR SINI/ MORE INFO
Monday, 8 September 2008
Thursday, 4 September 2008
ROMLAH: kasi preview sket!

Malas Romlah nak pergi dari rumah ke rumah bercerita pada orang siapa lelaki itu sebenarnya. Biarlah mereka bersangka buruk. Biarlah mereka mengumpat. Biarlah mereka berdosa mati masuk neraka. Romlah tak kisah.
- Istinjak-Istinjak Cinta oleh Mat Jan
Tu bukan masalah mak dia. Mak dia dah mati tiga minggu lepas dan dia dah pergi tengok mak dia kena tanam belakang masjid Kampung Ara. Masalahnya dia. Geram betul aku.
- Oblivion oleh Fadli al-AkitiRomlah di bilik air. Sedang mencukur bulu ketiak. Sesekali, Romlah mengelebet daging paling blind spot pada ketiak; melihat jika terdapat lagi bulu-bulu ketiak yang terlepas pandang.
- Romlah 2108 A.D. oleh SinaganagaSepi. Hanya ada tangga batu flet yang kusam. Ada air hitam berlendir dan baunya menusuk sampai ke tekak. Entah apa yang tumpah, dan dinding flet yang berwarna coklat cair pula berconteng dengan kata-kata, 'Ingat 5 sebelum 6'.
- Buah Dada oleh Bahruddin BekriHari itu Romlah didatangi oleh pari-pari bersayap kelabu tanpa mata dan berwarna merah dan kuning secara melintang. Pari-pari itu datang, ketika Romlah sedang asyik menampal gambar-gambar keretanya di dinding.
- Romlah Simfoni Dalam A Major oleh VovinKadang-kadang bila ada yang kita tidak tahu tentang seseorang itu, bila ada lompang-lompang kosong tentang dirinya, kita akan syak yang bukan-bukan. Kita isi setiap lompang dengan apa yang kita faham.
- Belalai oleh Saharil Hasrin SaninAngin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ombak menderu menyapa pantai. Langit memerah kerana siang akan bertukar malam. Romantis sekali. Persis suasana babak-babak syahdu dalam novel-novel cinta yang selalu dibaca oleh Romlah.
- Cinta Dalam Kaca oleh Tok RimauRuang yang agak sempit, udara bilik yang pengap dan cahaya lampu kalimantang yang berbalam-balam, membuat otak Romlah semakin serabut, membuat jiwa Romlah semakin terganggu.
- Sepah oleh JowopinterRomlah menjolok kunci ke lubang. Kemudian, dia memutarkan kunci itu. Enjin kereta itu tidak mahu hidup. Cuma ada bunyi klik sahaja. Dia mencuba beberapa kali lagi. Klik. Klik. Klik. Klik. Klik. Hasilnya tetap sama.
- Romlah Cuti Seminggu oleh Tok RimauKadang, Romlah rasa rimas. Rimas dengan keadaan persekitaran flat murahan itu. Ini bukanlah tempat yang baik untuk dirinya yang berasal dari golongan baik-baik. Romlah sedar, dia sendiri mula kehilangan identiti dan nilai.
- Dada Merah oleh Bayan
Mereka buat bising lagi. Budak-budak bujang di tingkat atas memang tak pernah duduk diam. Dam. Dum. Dam. Dum. Bunyi lagu yang entah apa-apa bingit di waktu senja. Tak hormat waktu Maghrib. Romlah tahu di luar gerimis menitik. Tubuh yang dibaluti hanya baju tidur itu terasa dingin.
- Hip oleh Op
Dah tak pelik dah pada zaman sekarang melihat anjing dan kucing boleh duduk bersama-sama. Manusia saja yang tak berubah daripada dulu, nak bergaduhlah, nak berbunuhanlah, perang sana... perang sini.
- Halkum oleh Si Dugong
Bakal terbit! Antologi ROMLAH: THE UNTOLD STORIES...
Sunday, 31 August 2008
SAYEMBARA 'ROMLAH: The Untold Stories'
Khusus untuk pembaca-pembaca K-EI8HT.
Kamu sudah baca kisah Uncle Nyamuk yang nyanyuk, James pembunuh kucing, budak-budak bujang yang huru-hara, Is si psikik, Judge yang selalu gaduh dengan bini, Bobby si anjing gelandangan, Usman budak yang suka main basikal, Masidol si wartawan, dan Utnah si hantu halimunan.
Kini, kami memberi peluang kepada kamu untuk mengembangkan kisah si Romlah!
CARA & SYARAT PENTERTAAN:
1) Terbuka kepada semua warga nusantara berusia 12 tahun ke atas.
2) Tulis satu cerita tidak lebih daripada 10 muka surat (A4, Times New Roman saiz 12, double spacing) tentang Romlah. Cerita boleh berlaku sebelum Kate terbunuh, atau selepas Kate terbunuh, atau sebelum dan selepas Kate terbunuh. Atau apa sahaja interpretasi anda terhadap Romlah.
3) Karya mestilah asli, bukan saduran, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.
4) Kamu boleh masukkan babak-babak yang ada dalam K-EI8HT. Contoh: babak Romlah nampak Uncle Nyamuk tak pakai seluar, atau babak Romlah bertembung dengan James, atau babak budak-budak bujang menyakat Romlah, dan tentunya, babak Kate menjunam atas bumbung kereta Romlah.
5) Kamu juga boleh tembungkan Romlah dengan watak-watak K-EI8HT yang lain termasuk watak-watak sampingan (contoh: budak-budak tabligh, atau Ruby si kucing betina, atau lelaki tua yang disyaki suggar daddy Romlah itu).
6) Cerita yang paling terbaik sekali akan memenangi wang tunai RM100 (ya, seratus ringgit!), dan diterbitkan bersama-sama penyertaan lain yang terpilih dalam antologi Sindiket Sol-jah yang akan datang.
7) Setiap peserta yang ceritanya terbit akan menerima 3 (tiga) naskhah buku berkenaan secara percuma (ya, percuma!). Hakcipta kekal dengan penulis. Kami cuma mahu hak menerbitkan sahaja. Kami tidak memberi royalti kerana (kami berjanji) tidak akan mengambil keuntungan dengan menerbit ulang buku tersebut.
8) Pihak penganjur berhak menyunting karya yang terpilih untuk diterbitkan. (Pssst! Selalunya kami malas nak edit. Ha ha).
9) Karya mestilah belum pernah disiarkan atau diterbitkan oleh mana-mana penerbitan, termasuk blog dan laman web. Peserta tidak dibenarkan menyiarkan karyanya di mana-mana (termasuk blog) sehingga buku antologi itu diterbitkan dan habis dijual.
10) Jumlah cetakan buku adalah terhad dan tidak diulang cetak. Wang hasil jualan digunakan sebagai dana membeli sistem P.A. kaw-kaw untuk MASKARA (dan menampung perbelanjaan penganjuran MASKARA).
11) Keputusan panel hakim adalah muktamad.
12) Hantar cerita Romlah: The Untold Stories kamu ke email: sindiketsoljah@gmail.com
Tarikh tutup penyertaan: 31 OGOS 2008

Wednesday, 27 August 2008
Cerpen Sedap
Siapa tulis cerpen Raja Sembur dalam Utusan ini? Sungguh sedap...
RAJA SEMBUR
TIDAK. Tidak seorang pun percaya berita tersebar itu. Berita yang dijerit-jeritkan itu. Mula-mula disebarkan oleh budak-budak. Mereka berkeliling kampung sambil menjerit-jerit mengkhabarkan berita gempar itu. Kemudian, budak-budak muda. Dan kemudian, orang dewasa pula.
“Betulkah Mat?”
“Betul, Pak Usop. Saya dengar sendiri.”
“Engkau dengar daripada siapa?”
“Daripada siapa lagi, Brahimlah.”
“His, aku tak percaya.”
“Brahim telefon. Dia ada dalam majlis sambut Raja Sembur.”
Memang Pak Usop tidak percaya. Tidak masuk akal langsung. Bukan Pak Usop saja. Pak Maun, Pak Aziz, Makcik Timah, Kak Sal, Abang Sudin pun tidak percaya.
Esoknya, berita yang dijerit-jeritkan itu. Berita yang sukar dipercayai itu tersiar dalam surat khabar. Riuh orang sekampung. Habis licin surat khabar dibeli orang. Kak Sal, Abang Sudin, malah Pak Usop yang tidak tahu baca pun beli surat khabar juga. Semuanya kerana berita gempar itu. Berita yang sukar dipercayai itu kini menjadi juadah mulut dan telinga. Di kedai-kedai kopi, di halaman rumah di bawah pohon beringin, malah di sekolah pun orang bercakap fasal Raja Sembur.
Selanjutnya...

Friday, 8 August 2008
Baca Puisi PENA
Bertempat di Rumah PENA, pada hari Jumaat, 8 haribulan Ogos, jam 8 setengah malam. ANDA dijemput sama!
Wednesday, 6 August 2008
Akan datang - MASKARA SHORTIES
Subscribe to:
Posts (Atom)