Wednesday, 13 May 2009

Amir Muhammad pun sudah baca!

Sumber: http://www.mmail.com.my/content/pulp-friction-mat-som-flesh

Tapi lama sebelum Saudara Amir Muhammad menambah ekstrak kacip ke dalam KACIP via pojoknya di Malay Mail, Saudara Mohd Huzairy (atau lebih dikenali sebagai Bat) sudah membuka jalan dengan ulasan yang tidak kurang hangatnya di Info Malaya.

Sumber: http://www.infomalaya.com/eksklusif-ulasan-buku-kacip-dari-pipiyapong/#more-2332

Nota: Kalau mahu baca, klik saja gambar atau pautan yang dipapar.

Sindiket Sol-Jah dan Pipiyapong mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan tuan-tuan semua!

Untuk makluman, selagi borang pesanan KACIP tidak ditanggalkan, selagi itu kami akan menjual KACIP. Apa bingainya, nak letak borang pesanan, kalau barang yang nak dijual dah kehabisan, ya tak?!

Jadi tempah dan buat bayaran segera untuk dapatkan KACIP sebelum borang pesanan KACIP tiba-tiba ghaib dari muka blog ini.

Tempahan dan bayaran yang diterima selepas jam 9 pagi, 14 Mei 2009 akan diproses sebaik sahaja kami pulang dari Kelantan. SENJATAH akan kembali beroperasi pada 18 Mei 2009.

Heh!

Monday, 11 May 2009

Kacip Launch

Kacip Book Launch

Kacip, a masterpiece of Pipiyapong - is a compilation of famous and interesting blog entries from his own blog, http://www.hilangpunca.blogspot.com/. The book was launched on the 9th of May in Annexe, Central Market in conjunction with the Kuala Lumpur Alternative Book Fair 2009. Kacip is published by Sindiket Soh-Jah.

Kacip Booth

Kacip's Booth

Pipiyapong also invited Dewangga Sakti to perform as the opening act during the launch of Kacip. Dewangga Sakti is a contemporary traditional music band.

Dewangga Sakti performing

Dewangga Sakti performing

More about the author- Pipiyapong, or real name Firdaus Abdillah is a one famous blogger, for his honest and interesting writing. He hails from Kuala Lipis, Pahang and his entries can be found via http://www.hilangpunca.blogspot.com/.

Pipipyapong launching his book, Kacip.

Pipipyapong launching his book, Kacip.

Saturday, 9 May 2009

Kami mahu kamu tahu

PEREMPUAN SIMPANAN naskhah-naskhah yang terakhir juga akan dijual di sini. Jadi, apa ditunggu lagi!
Image Hosted by ImageShack.us

Jangan sampai tertinggal kapal angkasa! tempah kerusi anda di mukabuku!



Kami cabar kau, Kelantan! Tunggu kami!!



Selamat hari buruh!

Friday, 1 May 2009

Masih dijual! Dapatkannya sekarang!!

Buku yang anda nanti-nantikan kini sudah terbit! Cetakan terhad, dan tidak akan diulang cetak!!

Koleksi tulisan blogger paling kacip - Pipiyapong Abdillah.



Jualan KACIP secara online sudah ditutup!!


** ** ** **
Updet 1

Penghantaran batch ketiga. Khamis, 30 April 2009

Jika nama anda tidak tersenarai, sila hubungi kami di sindiketsoljah[AT]gmail[dot]com

** ** ** **
Updet 2

Penghantaran batch kedua. Sudah dihantar pada Jumaat malam Sabtu lepas. 24 April 2009.

Jika dikutip dari tong pos pada tengahari Sabtu, mungkin hari ini sudah boleh sampai.

** ** ** **
Updet 3

Sudah boleh tarik senyum, kerana ilham sudah tiba. Batch ke-empat sudah dipos pada 5 Mei 2009.

** ** ** **
Updet 4

Batch ke-lima sudah dipos pada 7 Mei 2009.

** ** ** **
Updet 5

Sudah terima bayaran dari anda di bawah. Tunggu makluman penghantaran dalam tempoh 7-12 hari dari tarikh bayaran ya.

Tuesday, 28 April 2009

Sudah terbit! Dijual Sekarang!!

Buku yang anda nanti-nantikan kini sudah terbit! Cetakan terhad, dan tidak akan diulang cetak!!

Koleksi tulisan blogger paling kacip - Pipiyapong Abdillah.





Jualan KACIP secara online sudah ditutup!!

** ** ** **
Updet 1

Sehingga jam 3:42pm, 21 April 2009.

23 buku sudah dipesan, dan bayaran sudah langsai!

Jadi kenapa perlu berlengah-lengah lagi untuk mendapatkannya?

Kami akan paksa Pipiyapong untuk tandatangan! Harap bersabar, jangan merusuh wei!!

** ** ** **
Updet 2

Sehingga jam 7:16pm, 21 April 2009



Kalau kami beritahu cuma 100 naskhah sahaja yang dicetak, kamu masih nak tunggu esok juga ke baru nak buat pesanan?

Lu sendiri mau ingat la, kawan! Ha ha!!

Pipiyapong kata, Khamis ni baru dia nak datang sign buku. Maknanya, paling awal kami dapat masukkan ke dalam tong pos ialah pada malam yang sama. Jadi, ikut perkiraannya mungkin Isnin berikutnya kamu boleh dapat buku tu.

Kamu agak-agak berapa naskhah dia boleh sign pada satu sesi? Lambat pesan, tak ber-sign la gamaknya buku kamu tu. Muahahahahahah!!!

** ** ** **
Updet 3

Sehingga jam 9:27pm, 21 April 2009



Esok, kalau semua KACIP sold-out, baru padan muka kamu-kamu yang banyak bunyi tapi haram tak pesan pun!

Tomorrow is another day! Ciao!

** ** ** **
Updet 4

Sehingga jam 2.49pm, 22 April 2009



** ** ** **
Updet 5

Sehingga jam 5.26pm, 22 April 2009



Unit SENJATAH menjangkakan 100 lebih naskhah akan habis terjual sehingga hujung minggu ini.

Esok dijadualkan, Pipiyapong akan sign KACIP. Malam esok juga, unit SENJATAH akan masukkan KACIP ke dalam sampul, tulis alamat dan tampal setem. Akhir sekali, masukkan ke dalam tong pos, dan pasrah sahaja menunggu pekerja-pekerja Pos Malaysia yang berdedikasi untuk menjalankan tugasan mereka seterusnya.

KACIP dijangka sampai ke tangan pemesan-pemesan yang sudah membuat bayaran pada hari Sabtu ni juga (paling awal). Kalau tidak sampai Sabtu ni, mungkin Isnin, Selasa atau Rabu la jawabnya baru sampai. Kalau Khamis depan masih tak terima, lu kasi jerit kuat-kuat.

Lu gembira tak dengar berita ni? Lu cakap betul-betul, beb!

** ** ** **
Updet 6

Sehingga jam 5.26pm, 22 April 2009

Sekadar untuk mengesahkan bahawa kami telah menerima pesanan dan bayaran dari nama-nama yang tersenarai ini.

Untuk pembayaran selain dari apa yang telah kami sahkan di atas, kami akan senaraikan kemudian.

Terima kasih!

** ** ** **
Updet 7

Sehingga jam 9.16am, 23 April 2009



** ** ** **
Updet 8

Sehingga jam 11.28am, 23 April 2009

Tambahan kepada senarai di Updet 6, kami telah mengesahkan pesanan dan bayaran dari nama-nama berikut:

Terima kasih!
** ** ** **
Updet 9

Bukan hari ni, hari gaji gomen ke?

Kalau buat bayaran guna akaun orang lain, sila beritahu kami melalui emel!

Kalau kami lambat sahkan pembayaran anda, lagi banyak masa kami perlukan sebelum kami boleh proses pesanan anda.

Kalau lu rasa-rasa nak KACIP sampai lagi tiga empat bulan, lu tak payah buat apa-apa. Lu boleh buat bodoh saja...

Harap maklum!

Friday, 24 April 2009

Pemberitahuan

KACIP tidak dapat dijual di Dataran Shah Alam, hujung minggu ini.

Tapi kalau masih mahu dapatkan KACIP terus dari tangan Pipi, boleh ke Restoran Pelita berhampiran KLCC pada Sabtu ini, jam 12 - 3 tengahari.





Kalau lu nampak ada mamat kurus dengan rambut kucar-kacir seperti dalam cover KACIP tu, lu tegur la.

Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Kalau malu nak tegur, pulang tangan kosong.

Kalau takut nak tegur sorang-sorang, lu bawak 5 orang kutu kepung meja dia, tengok Pipiyapong berani nak angkat muka ke tak.

Semoga berjaya! Ha ha!