Tuesday 26 July 2011

Perahu Fansuri oleh Rahimidin Zahari

BUKU PUISI TERBAHARU TERBITAN SINDIKET SOL-JAH [Satu perkongsi bijak di antara kami dengan penulis].]



Rahimidin Zahari dan puisi, dua sosok berbeza, tetapi sama. Rahimidin merupakan lelaki puisi, dan puisi-puisinya bercerita seadanya tentang apa yang ingin diceritanya. Dia seperti tidak ingin bersukar-sukar, tetapi ingin memudahkan. Tetapi, dalam mudahnya itulah sebenarnya jalan sukar untuk mengenalinya. Melalui puisi, dia seakan berbisik. Antara kedengaran dan tidak, memang bisikannya selalu mengusik. Apakah yang lebih membahagiakan lelaki ini selain daripada menulis puisi?

Untuk membeli buku ini secara online - hubungi penulisnya sendiri di: rahimidin at gmail dot com

Wednesday 20 July 2011

MASKARA 29, pada 23 Julai 2011

PANGGILAN PENYERTAAN!!!! - MASKARA SHORTIES RETURN!



Jika tidak kiamat, bencana alam, rampasan kuasa, penaklukan makhluk asing, serangan kaum zombie, Maskara Shorties bakal berlangsung pada 24 September 2011.

1. Video adalah karya asli.

2. Satu video tidak lebih 10 minit termasuk kredit. Jangan nak mengelat!

3. Kami terima sebarang tema.

PENTING
4. Pemilihan video berasaskan selera kami. Pemilihan paling tidak adil di dunia. Kami ambil kira tentang kerencaman tema, kepelbagaian teknik, undang-undang Malaysia, lapisan-lapisan peringkat kepakaran dan lain-lain lagi. Tiada sebarang formula filem pendek mana yang akan diterima. Objektif Maskara Shorties adalah menayangkan filem pendek, bukan sebuah majlis diskusi tentang filem pendek.

5. Tarikh tutup menghantar filem pendek sebelum 31 Ogos 2011 (Hari Raya).

6. Filem-filem lakonan Maria Ozawa, Sasha Grey, Riko Tachibana dan seangkatannya tidak akan ditayangkan melainkan hanya akan disimpan untuk tontonan peribadi.

7. Sila jangan beri filem pendek untuk ditayangkan pada hari acara. Edisi yang lepas-lepas sebab kami ada belas ehsan. Edisi kali ini tiada maaf bagimu.

8. Sebarang cadangan boleh dikemukakan pada pengurus projek & ketua kurator: DEAN SHAM. Telefon beliau: 017-3043907 Kalau beliau tak angkat telefon - silalah telefon berkali-kali, sampai dia angkat telefon, biasalah orang yang takut kereta mewah dia kena tarik memang macam tu, ha ha!

9. Konsep seperti tahun lepas.

10. Hantar dalam format DVD atau CD. Hantar by hand - boleh hubungi lelaki2 comel: Dean Sham [deansham@gmail.com], Tok Rimau [tokrimau@gmail.com], dan Vovin [nazri123456789@gmail.com].

11. Semua DVD tidak akan dipulangkan. Bagi kami simpan salinan DCD/VCD filem pendek anda - manalah tahu, kalau-kalau kami dijemput untuk membuat tayang filem pendek di USM, Singapura, Brunei, atau Uganda pada masa-masa akan datang. Makanya, taklah kami bersusah payah nak pergi ambil VCD/DVD tu dari anda lagi.

Tapi, dengar ceritanya, memang akan ada MASKARA di USM pada bulan November nanti.

12. Selamat membikin filem pendek.

13. Setiap penyertaan akan diberi satu cenderahati misteri. Sangat misteri. Dan, selagi stok masih ada, ha ha. Oh ya, sila sertakan maklumat Nama Pengarah, Biodata Ringkas Pengarah, Tajuk Filem, Durasi Filem, Poster filem dalm bentuk jpg. (emelkan) untuk tujuan promosi.

14. Send Materials To:
Maskara Shorties
335 Jln Senang, Tmn Bkt Senang. 81400 Senai. Johor. Malaysia

Tuesday 19 July 2011

AKAN SEGERA TERBIT!



Lebih momok daripada biasa! Eeeeeeiiiiuuuuu...

Sindiket Sol-Jah tidak menjual buku ini secara online. Jadi, untuk membelinya - hubungi penulis-penulis hantu kami:
1. TOK RIMAU: http://tokrimau.blogspot.com | tokrimauATgmail.com
2. FIKRI KACAK: http://fikrikacak.blogspot.com | fikri.mistiATgmail.com,
3. KUSYI HIRDAN: http://www.jendelaku.com | kusyihirdanATgmail.com
4. AIMI ANIS, 10 tahun: http://princessmyfamily.blogspot.com | nashiqahATgmail.com,
5. AYOB KELUBI: http://ayobkelubi.blogspot.com | akulerdonATgmail.com
6. RAHIMIN IDRIS: http://rahimin.blogspot.com | rahiminidrisAThotmail.com
7. MONA YANTY: (Dah tutup blog) | miszazieATgmail.com,
8. SYUQRI MUSTAQIM: busa-berbunga-oksigen.blogspot.com | gua.kringetATgmail.com
9. AY YUSOF: http://ayyusof.blogspot.com | msay_5ATyahoo.com,
10. KUMPRINX: http://www.kumprinx.com | kumprinxATgmail.com,

Harga RM15 + Shipping RM5


Place your order now!

Macam selalu-selalu, kami cetak tak banyakkkk.... Eeeeeiiiiiuuuuuu...!

Monday 4 July 2011

Ulasan Buku Tentang oleh Nisah Haron

Tentang by Saharil Hasrin Sanin
 
Entri yang pendek, menggugah minda (thought-provoking) dan ada beberapa entri yang menyentuh perasaan.

Saya beri 4 1/2 bintang.