Tuesday, 28 April, 2009

Sudah terbit! Dijual Sekarang!!

Buku yang anda nanti-nantikan kini sudah terbit! Cetakan terhad, dan tidak akan diulang cetak!!

Koleksi tulisan blogger paling kacip - Pipiyapong Abdillah.





Jualan KACIP secara online sudah ditutup!!

** ** ** **
Updet 1

Sehingga jam 3:42pm, 21 April 2009.

23 buku sudah dipesan, dan bayaran sudah langsai!

Jadi kenapa perlu berlengah-lengah lagi untuk mendapatkannya?

Kami akan paksa Pipiyapong untuk tandatangan! Harap bersabar, jangan merusuh wei!!

** ** ** **
Updet 2

Sehingga jam 7:16pm, 21 April 2009



Kalau kami beritahu cuma 100 naskhah sahaja yang dicetak, kamu masih nak tunggu esok juga ke baru nak buat pesanan?

Lu sendiri mau ingat la, kawan! Ha ha!!

Pipiyapong kata, Khamis ni baru dia nak datang sign buku. Maknanya, paling awal kami dapat masukkan ke dalam tong pos ialah pada malam yang sama. Jadi, ikut perkiraannya mungkin Isnin berikutnya kamu boleh dapat buku tu.

Kamu agak-agak berapa naskhah dia boleh sign pada satu sesi? Lambat pesan, tak ber-sign la gamaknya buku kamu tu. Muahahahahahah!!!

** ** ** **
Updet 3

Sehingga jam 9:27pm, 21 April 2009



Esok, kalau semua KACIP sold-out, baru padan muka kamu-kamu yang banyak bunyi tapi haram tak pesan pun!

Tomorrow is another day! Ciao!

** ** ** **
Updet 4

Sehingga jam 2.49pm, 22 April 2009



** ** ** **
Updet 5

Sehingga jam 5.26pm, 22 April 2009



Unit SENJATAH menjangkakan 100 lebih naskhah akan habis terjual sehingga hujung minggu ini.

Esok dijadualkan, Pipiyapong akan sign KACIP. Malam esok juga, unit SENJATAH akan masukkan KACIP ke dalam sampul, tulis alamat dan tampal setem. Akhir sekali, masukkan ke dalam tong pos, dan pasrah sahaja menunggu pekerja-pekerja Pos Malaysia yang berdedikasi untuk menjalankan tugasan mereka seterusnya.

KACIP dijangka sampai ke tangan pemesan-pemesan yang sudah membuat bayaran pada hari Sabtu ni juga (paling awal). Kalau tidak sampai Sabtu ni, mungkin Isnin, Selasa atau Rabu la jawabnya baru sampai. Kalau Khamis depan masih tak terima, lu kasi jerit kuat-kuat.

Lu gembira tak dengar berita ni? Lu cakap betul-betul, beb!

** ** ** **
Updet 6

Sehingga jam 5.26pm, 22 April 2009

Sekadar untuk mengesahkan bahawa kami telah menerima pesanan dan bayaran dari nama-nama yang tersenarai ini.

Untuk pembayaran selain dari apa yang telah kami sahkan di atas, kami akan senaraikan kemudian.

Terima kasih!

** ** ** **
Updet 7

Sehingga jam 9.16am, 23 April 2009



** ** ** **
Updet 8

Sehingga jam 11.28am, 23 April 2009

Tambahan kepada senarai di Updet 6, kami telah mengesahkan pesanan dan bayaran dari nama-nama berikut:

Terima kasih!
** ** ** **
Updet 9

Bukan hari ni, hari gaji gomen ke?

Kalau buat bayaran guna akaun orang lain, sila beritahu kami melalui emel!

Kalau kami lambat sahkan pembayaran anda, lagi banyak masa kami perlukan sebelum kami boleh proses pesanan anda.

Kalau lu rasa-rasa nak KACIP sampai lagi tiga empat bulan, lu tak payah buat apa-apa. Lu boleh buat bodoh saja...

Harap maklum!

Friday, 24 April, 2009

Pemberitahuan

KACIP tidak dapat dijual di Dataran Shah Alam, hujung minggu ini.

Tapi kalau masih mahu dapatkan KACIP terus dari tangan Pipi, boleh ke Restoran Pelita berhampiran KLCC pada Sabtu ini, jam 12 - 3 tengahari.





Kalau lu nampak ada mamat kurus dengan rambut kucar-kacir seperti dalam cover KACIP tu, lu tegur la.

Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Kalau malu nak tegur, pulang tangan kosong.

Kalau takut nak tegur sorang-sorang, lu bawak 5 orang kutu kepung meja dia, tengok Pipiyapong berani nak angkat muka ke tak.

Semoga berjaya! Ha ha!

Thursday, 23 April, 2009

Up up and awayyy...











Soljah sedang kerja keras untuk sesi penghantaran kali pertama Kacip ke seluruh negara.

Boleh belek letterbox anda 2,3 hari dari sekarang..

Thursday, 9 April, 2009

TAYANGAN FILEM2 PENDEK


Tayangan Filem-Filem Pendek
(Sempena KLIBF)
anjuran PENA
dengan bantuan Soljah
18 April 2009
3-7 petang
Bilik Kedah Johor
PWTC, KL

MASUK PERCUMA

...

FORUM SASTERA POPULAR ISLAMI
Anjuran PENA
Pada 26 April
jam 2 - 4 Petang
di Bilik Sabah - Johor
PWTC.

Panel:
Habiburahman Shirazi
Dr Abu Hassan Hasbullah