Monday, 16 February, 2009

BERCAKAP DENGAN VOVIN

Kita bertuah kali ini kerana dapat memerangkap saudara Vovin. Beliau biasanya sibuk tetapi hari ini kami berjaya terjah dia ketika minum kopi bersama kawan-kawan di sebuah kedai mamak. Saudara Vovin memegang jawatan tinggi dalam Soljah, Pengurus Besar Majlis Maskara. Bukan senang nak pegang jawatan itu. Jom layan temubual bercakap dengan Vovin.


1. Kepada pembaca yang tidak ada Internet, bolehkan tuan jelaskan apakah itu Maskara dan serba sedikit sejarahnya?
Kalau tak ada internet, macam mana dia boleh baca interviu ni?

2. Maskara 13 mendapat sambutan hangat, tempat kereta penuh sampai ke hujung jalan. Apa bezanya Maskara 13 dengan Maskara sebelum ini sehingga begitu ramai yang berpusu-pusu?
Tidak ada apa bezanya. Entah kenapa semua mendapat hidayah dan petunjuk pulak untuk ke MASKARA kali ini. Apa pun, saya sendiri tidak pasti faktor utama keramaian orang untuk edisi kali ini. Mungkin kerana Fynn Jamal, mungkin kerana Aie, mungkin juga kebetulan semua mempunyai kelapangan masa yang mendadak lantas mencetuskan fenomena mahu datang ke MASKARA. Pesanan saya - jemput hadir ke MASKARA seterusnya.

3. Semakin banyak pihak mula menaja Maskara. Adakah ini bermakna Sindiket Soljah semakin kaya dan mula diserapi elemen kapitalisma yang mementingkan keuntungan?
Sejak MASKARA pertama lagi sudah ada pihak yang menaja. Mungkin tajaannya begitu kecil sampai orang tak kisah. Pokoknya sama sahaja, "menaja". Ya, kami juga ada memikirkan untung sekali sekala. Semua orang begitu bukan? Cuma ada yang berselindung dengan pelbagai "istilah" tapi motif tetap sama. Tentang kami yang semakin kaya, sebentar ya, saya terlupa hendak mengunci Subaru Impreza saya di bawah.

4. Buku-buku Sindiket Soljah kurang bekalan walau pun permintaannya banyak. Maka buku-buku itu cepat sold-out. Maskara 13 yang lepas membuktikan ruang Planet Pena juga gagal menampung khalayak yang meningkat. Ada yang tidak dapat masuk. Ada yang cuma menonton dari jendela. Apakah pilihan yang ada pada pihak Sindiket Soljah untuk menangani isu ini?
Saya kira MASKARA dan Rumah PENA sudah seperti pasangan suami isteri yang baru tiga hari berkahwin. Saling dikaitkan antara satu sama lain. Mungkin sekali sekala boleh dianjurkan di premis lain. Malah kami pernah berdiskusi tentang isu ini. Tapi banyak faktor yang menjadi penghalang seperti kos dan kesesuaian. Boleh sahaja dibuat di Dewan Pameran Midvalley, tapi dengan syarat ayah isteri saya yang namanya bermula dengan Tan Sri sanggup menaja perbelanjaan sewa dewan dan peralatan elektronik kerana saya masih mahukan penonton datang tanpa membayar tiket masuk, hatta Seringgit pun. Itulah asas pertama penganjuran MASKARA.


5. Pada malam Maskara, pihak Sindiket Soljah sibuk menguruskan majlis. Ada yang jaga parking, jaga makanan, jaga jualan buku, jaga hadirin, jaga puntung rokok, jaga persembahan etc. Tidakkah terkilan bagi pihak Soljah kerana mereka sendiri tidak menikmayi persembahan yang diusahakan?
Sudah tentu terkilan. Sampai sekarang saya masih tidak dapat menonton Melayu 106 karya Mamat Khalid (memberi satu contoh). Tapi itu saya rasa perkara biasa bila menjadi penganjur. Lagipun kebanyakan peserta yang tampil di atas pentas sudah saya tonton persembahannya di dalam acara yang dianjurkan oleh pihak lain.

6. Ramai karyawan sudah naik pentas Maskara dan ramai lagi yang teringin untuk naik. Tetapi, siapakah karyawan yang tuan teringin sekali lihat naik pentas Maskara mendatang?
Wanita comel Malaya, Elyana. Selain itu saya berimpikan dapat menjemput Petronas Filhamonik Orkestra memainkan Beethoven Symphony No.7. Selain itu saya berimpikan juga mungkin, duet antara Faisal Tehrani dan Ahadiat Akashah. Malah, membawa kedua-duanya di bawah satu bumbung merupakan antara objektif asal MASKARA.

7. Kalau la slogan Soljah, "menyuntik pop kepada seni" dijadikan polisi, apakah rupabentuk Maskara 50 nanti?
Sama seperti sekarang. Di Rumah PENA, ada meja letak karipap di depan pintu, satu meja di sisi tingkap buat meletak buku-buku terbitan sendiri, Sufian Abas berdiri di sebelah meja mengambil gambar dengan kamera model tahun itu, Jimadie melepak di kerusi panjang sambil menghisap rokok, Penonton di dalam terhibur dengan persembahan dan budak-budak muda tahun itu. Saya mungkin tidak secergas sekarang, maklumlah anak sudah ramai. Yang menunjukkan minat dalam dunia seni sastera dan visual adalah anak perempuan saya. Adik lelakinya mengikut ibunya melayan diri di Coffee House Bukit Bintang pada malam itu. Isteri saya kurang sajak dengan benda-benda sastera dan seni persembahan ini walaupun dia mula jatuh cinta dengan saya ketika mendengar saya membaca sajak. Ahhh, merepek pula saya ya. Lain kali jangan ditanya soalan yang menyuruh saya berimaginasi, saya cenderung untuk kekal berimaginasi.

Pada hemat saya, MASKARA tetap seperti sekarang. Saya kurang ingin terlalu banyak perubahan untuk edisi-edisi mendatang. Ini kerana saya mahu mengekalkan "jiwa" MASKARA yang dibina sejak edisi pertama. Saya tidak menolak konsep yang lain, tapi tidak menggunakan nama MASKARA. Buatlah, tapi mungkin dengan nama KONSERT SAJAK DAN PUISI SINDIKET SOL-JAH DAN KAWAN-KAWAN YANG KITA SUKA atau nama pendeknya KOSMETIK.

Akhir kata, terima kasih kepada jiwa-jiwa seni yang sudi menyertai MASKARA, terima kasih kepada jiwa-jiwa seni yang sudi menonton MASKARA, terima kasih kepada jiwa-jiwa seni yang sudi menjadi krew MASKARA. Semoga kita dimudahkan tuhan untuk terus datang pada edisi yang seterusnya.

Teruskan cinta.

Terima kasih
.........................
Manifesto kehidupan Vovin boleh dibaca di SINI.

Friday, 13 February, 2009

Terima kasih, semua!

Kamu ada ternampak 'Borang Pesanan Romlah' di blog ini sekarang?



Sudah!

Tak usah kau bertanya lagi, Romlah ada lagi atau tidak. Semuanya sudah habis terjual.

Ya!

Buku ini cetakan terhad.

Tidak!

Buku ini tidak akan diulang cetak!!

Dari dahulu lagi, kami sudah ingatkan. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berbelas-belas kali!!

Sekarang, nak menyesal pun tidak guna, beb! Ha ha!

Jutaan terima kasih, Arigato Gozaimas, Syukran Jazilan, Mucho Gracias kepada semua yang sempat membeli (baca tak baca, belakang kira!)

Kami sayang kamu!!

Monday, 9 February, 2009

LAPORAN MASKARA 13



















Tinggalkan link di ruangan komen sekiranya kamu buat laporan MASKARA 13 di blog/foto blog kamu.

LINKS APA KATA ORANG
Terus terang saya kata, malam Maskara merupakan antara malam persembahan yang paling saya suka, mungkin yang paling saya gemar. -Ana Raffali

Malam minggu itu. Rumah Pena yang sendat. Gua yang terlewat. Terkulat-kulat. - Jonos

then gerak ke rumah pena tonton maskara. performances were superb. semua tak membosankan. - Misazie

Tanpa iringan gitar atau muzik, beliau mampu buat satu rumah Pena terkekek-kekek. - Atiqah Nasir

kali ni aku sharing plak clip Ana Rafalli perform time MASKARA13 kat rumah pena tempoh hari - Kematz

kira tokey tokey ini terhutang nyawa dengan organizer maskara la. - Wahyudimy

Persembahan di Maskara memang tidak pernah mengecewakan. Aku berharap Maskara 14 menyusul secepat mungkin. Tak sabar mahu berMaskara lagi.- Aie Akaike

Ramai jgk org yg datang. Yang cantik2 pun ramai bai!! - Dani Izwan

Kapasiti yang hadir di Planet PENA boleh menandingi pengunjung Planet Hollywood. Orang ramai berasak-asak. - Nida

Memang patut bagi banyak2 kredit untuk pihak penganjur yg mampu menganjurkan majlis 'indie' begini. Santai2 tanpa protokol. - Nicky Azarai

MASKARA tak pernah mengecewakan aku kerana setiap kali mesti ada sahaja persembahan yang unik dan pelik - Ajami

Gua rasa, malam tu, kejap kejap gua salam Ana Raffali, kejap kejap gua salam Ana Raffali, kejap kejap gua salam Ana Raffali, apa kena entah, berdebar! Ngeh ngeh! - Sinaganaga

Ini gambar gua bersama kutu-kutu Sindiket Soljah dan geng Ana Raffali. Gua ingat nak kerat la gambar ni. Buang yang keliling tu. Tinggal 2 orang. Simpan dalam dompet. Amacam? - Pipiyapong

Jangan risau, datang aje sebelum maghrib, boleh solat di tingkat atas Rumah Pena. Lepas tu leh touch up mekap dan cop tempat duduk. - Daun

Belakang tabir pembikinan Maskara 13 - Tok Rimau

Selepas tigabelas kali baru aku sampai. Oh well…sentiasa ada kali pertama kan?- Dasar hati

masa rehat gua nampak dah ada katering sponsor MASKARA punya makanan.gila gempak..makan nasi ayam tu macam best plak..makin hebat sol-jah sekarang wooo...- Saudagar Garam

pada poster mereka ada gambar pistol....- Ujang

Saturday, 7 February, 2009

MASKARA 13

 
Klik untuk poster saiz ekonomi.
MASKARA 13
8.30 malam. Sabtu. 7 Feb. 2009. Rumah Pena.
mempersembahkan
Aie
Jonos
Ku Chi
Pipiyapong
Fynn Jamal
Ana Raffali
Adam Kasturi
Azzam Supardi

Friday, 6 February, 2009

MASKARA 13

Esok jangan lupa temujanji kita di MASKARA 13 (Malam Baca Naskah Sindiket Sol-jah dan Kawan-kawan yang Kita Suka), jam 8:30 malam seperti biasa, di rumah PENA seperti selalu.

Bawak buku, zine, t-shirt, lukisan, cd atau apa saja seni yang kamu mahu jual, mungkin ada pembelinya. Kami akan sediakan meja. Untuk ruang promosi, jumpa Nazri M. Anuar(Vovin) di lokasi sebelum majlis mula.

Peta ke Rumah PENA di sini.