Wednesday, 29 October, 2008

Saturday, 25 October, 2008

Makhluk Tuhan paling seksi

Sejak akhir-akhir ni, entri-entri di blog Pipiyapong pendek-pendek sahaja. Dulu berkoyan-koyan dia punya letup. Kalau baca belah pagi, sampai ke tengahari meleret kamu punya sengeh.

Sekarang, entrinya runcit-runcit sahaja. Tak cukup bahan letupan barangkali.

Kalau kamu rindukan orgasma lampau yang selalu blog Hilang Punca bekalkan dahulu, sila ikuti temubual dengan ahli terbaru (dan termuda) Sindiket Sol-Jah ini di blog Sireh & Cengkeh.

Kalau kamu sudah tangkap cintan sama makhluk Tuhan paling seksi ini, jangan lupa datang ke MASKARA SHORTIES pada 1 November 2008 di Rumah Pena untuk mengetahui kisah cintanya pula dalam My Alien Girlfriend fipen arahan Naz Annuar.



P/S: Tapi bila aku tengok trailer fipen ni, aku syak Pipiyang tu yang sebenarnya alien, dan bukan aweknya. Heh!

Saturday, 18 October, 2008

Cerpen-cerpen Soljah Yang Saya Suka

mengikut antologi:

1) cerpen yang paling gua suka dalam Kudeta: Ustazah Es oleh Amir Mukhriz (ia juga adalah cerpen yang paling gua suka dalam semua antologi soljah)

2) cerpen yang paling gua suka dalam Kalashnikov: Siah Tak Mahu Jadi Jantan Lagi oleh Sinaganaga (gua tak suka cerita dia sangat, tapi gua suka gaya bahasanya. contoh: 'Siah macam jantan. Baju Siah macam baju jantan. Seluar Siah macam seluar jantan. Selipar Siah macam selipar jantan....'. ayat berulang-ulang yang seakan-akan berirama, menghiburkan bila dibaca.

3) cerpen yang paling gua suka dalam K-eight: Halimunan oleh Tok Rimau.

4) cerpen yang paling gua suka dalam Romlah: Belalai oleh Saharil.

mengikut penulis:

1) cerpen Jigo yang paling gua suka: In-A-Gadda-Da-Vida (terbit dalam K-eight)

2) cerpen Op yang paling gua suka: 1511: Resureksi (dalam Kalashnikov)

3) cerpen Pipiyapong yang paling gua suka: Cinta Khidmat Pesanan Ringkas (dalam Romlah) -- sebenarnya, ini cerpen pertama beliau dalam antologi soljah, so ini aje la yang terpaksa gua suka, takda choice, haha!

4) cerpen Samurai yang paling gua suka: Puding Susu Romlah (dalam Romlah)

5) cerpen Sinaganaga yang paling gua suka: K-nine (dalam K-eight)

6) cerpen Spyz yang paling gua suka: Kepanjing (dalam Romlah)

7) cerpen Tok Rimau yang paling gua suka: Halimunan (dalam K-eight)

8) cerpen Vovin yang paling gua suka: Romlah Simfoni Dalam A Major (dalam Romlah)

sekian, terima kasih.

Monday, 13 October, 2008

TEASER GENGGAM TELEFON GENGGAM HINGGA JADI ABU by TOK RIMAU



Tayangan perdana di Maskara Shorties pada 1 November 2008

 
Poster by Bakri Hafiz 
Lagi Foto Lokasi oleh Sabariah Noor

Cerita apa hari ni, bang?

Ini cerita malam semalam. Masa aku sibuk di pejabat. Ya, pejabat aku kadang-kadang beroperasi juga pada hujung minggu.

Aku tanya Sinaganaga via SMS, "Samurai tanya aku, bila Romlah boleh siap? Sempat ke jual semasa Maskara Shorties nanti?"

Sinaganaga balas, "Aku sedang berusaha mati-matian untuk siapkan. Minta tolong semua Soljah bersama-sama membanting tulang untuk siapkan kerja-kerja lain."

Dalam SMS berikutnya, dia berpesan, "Aku nak kau tolong Spyz untuk logistik."

Aku sedikit kehairanan. "Logistik apa pula ni?"

"Tengok mana boleh dapat," pesan Sinaganaga, "jagung, sudu, mangkuk, cawan."

Aku terbahak-bahak ketawa. Aku balas, "Oit, itu bukan logistik! Itu F&B!!"

"Sama la tu," balas jenderal Sindiket Sol-Jah yang degil itu.

Ya, adik-adik. Kalau kamu belum tahu. Kami akan menganjurkan Maskara Shorties pada 1 November 2008 ini. Kamu bikin filem pendek, dan kami tayangkan. [ Baca lanjut ]

Itu sebab aku kena cari jagung, sudu, cawan. Sebab nak buat pop-corn. Paling koman pun, jagung manis. Heh! Oh ya, dapatkan tiket-tiket PERCUMA di kaunter pengawal.

Romlah: The Untold Stories? Nantikan kemunculannya di Rumah Pena, pada hari yang sama. Sabtu 1 November 2008.

Hari ini, tiada cerita apa yang menarik sebab aku mengantuk. Pagi tadi sampai rumah jam 2, kemudian bangun awal pula untuk hantar isteri ke hospital untuk buat pemeriksaan.

Arghh!! Ngantuknya!!

Sunday, 5 October, 2008

PENGUMUMAN RAKYAT

Dibawah adalah emel yang aku hantar kepada semua pengarah yang menyatakan hasrat nak join MASKARA SHORTIES. Aku letak di sini kalau-kalau emel mereka itu sudah padam.

-----------

Salam hormat,

Emel ini dihantar kepada mereka yang dah menyatakan kesudian untuk menyertai MASKARA SHORTIES pada 1 November nanti.

Maka kiranya disini saya hendak menyertakan tentatif deadline untuk submission video anda.

SINOPSIS, PROFIL PENGARAH DAN APA MAKLUMAT BERKAITAN: Deadline 11 Oktober 2008.
Ini kerana kami hendak menyediakan bahan-bahan promo seperti pamplet, poster, risalah dan print out untuk media. Untuk maklumat pengarah sudi kiranya disertakan hasil kerja sebelum ini, siapa dia, laman web dan sebagainya (untuk pengarah yang mahu mempromosikan diri), bagi yang mahu remain anonimous atas dasar seni, sila karang maklumat kreatif anda sendiri.

VIDEO hasil kerja yang hendak ditayangkan: 20 Oktober 2008.
Diharapkan agar dapat diserahkan video-video (filem pendek) yang hendak ditayangkan selewatnya pada tarikh di atas. Ini untuk urusan membuat persiapan video sapa nak tayang dulu selain dari memastikan tiada peserta yang bertindak separa sedar menghantar video porno hardcore untuk ditayangkan.

Saya juga berharap agar pengarah-pengarah, kalau berjaya, menyediakan dan menghantar kepada saya promo material seperti berikut:

- Trailer
- Poster
- Video behind the scene
- Still images
- foto pembikinan
- atau apa sahaja material berkaitan

Material di atas boleh dihantar kepada saya sepanjang bulan Oktober ini untuk diletakkan dalam blog maskara shorties (maskara-shorties.blogspot.com). Untuk video, boleh sahaja kasi hyperlink youtube (lagi bagus).

Terima kasih

Nazri M. Annuar
Pengarah projek Maskara Shorties
YM: vovin_realm