Tuesday, 29 April, 2008

SINDIKET SOL-JAH DI KLAB



Apa itu KLAB? Ia adalah Kuala Lumpur Alternative Bookfair. Dah nama bookfair, jual bukulah, takkan mau jual ayam.

Sila jenguk-jenguk gerai kami ya?

Info:

Blog Amir Muhammad

Artikel The Star (lihat perenggan terakhir, ada tercatat nama Sindiket Sol-Jah)

Friday, 25 April, 2008

MASKARA 8

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

MASKARA 8

Tempat: Rumah Pena
Tarikh: 3 Mei 20008
Masa: 830 malam hingga habis
Hari: Hari yang gelap, kini sudah terang...err...SABTU

Juru acara: Mat Jin, eh, MAT JAN

Menampilkan;

- Marsli N.O (pemikir, penyair, aktivis sastera dan bloga)
- Nazri M.A (Lelaki cute pada era selepas zaman kerajan Turki Uthmaniyyah)
- Azwan Ismail (Berikan dia gula)
- Basri D.S (Othello oh Othello, di manakah kau sembunyikan cinta?)
- Derrick Jaramilo (penyani axe-rock dari bandar Dr. Mahathir (panama) iringan kugiran THE JUNK.
- Salhan K. Ahmad (Biarkan dia dengan notanya, mahu dilukis erti gelisah, tapi pen tiada)
- Taf Teh (Awek KL yang fusyen)

JUGA;

Jualan buku baru keluar dari mesin cetak:

SABOTAJ 3 (Himpunan catatan tanpa seluar dalam 10 Sol-Jah kacak)

GANGGUAN TEKSUAL (Himpunan catatan tanpa segan silu oleh bloga-bloga tempatan yang hot dan seksi, awww, muah! muah! muah!)

DATANG ITU WAJIB.

Klik jalan menuju RUMAH PENA.

AKAN DATANG

WA BACA BUKU NI!BAJU SOL-JAHSABOTAJ 3 Blook Gangguan Teksual, Tee Sindiket Sol-jah (Sesuai pakai untuk melaram di pekan), Blook Sindiket Sol-jah.

Thursday, 24 April, 2008

Kata Marsli pasal MASKARA

...Kemudian tersebut kisah Maskara pula. Pertama kali baca terdetik juga tanya bila mereka semboyankan untuk kawan-kawan yang kita suka. Tetapi lepas itu, aku kata kepada diri sendiri lantak merekalah sebab itu acara mereka. Siapa mereka suka siapa mereka tidak suka itu biarlah menjadi hal mereka.

Berikutnya Sinaganaga ada beritahu hendak ajak baca sajak. Tetapi tiada hotel dan royalti kata Sinaganaga. Aku hanya sengih. Aku tahu mereka buat kerja pementasan itu bukan pun dengan tajaan sesiapa. Mereka mandiri. Keluar duit sendiri. Kerja tanpa upah tetapi semata-mata kerana idealisme dan cinta terhadap seni. Dan itu yang membuat aku tertarik dengan Maskara.

(Baca selanjutnya klik sini!)

Friday, 4 April, 2008

MASKARA

MASKARA bulan ini tidak akan diadakan kerana Sindiket Sol-jah sibuk berjual-beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC bermula 4-13 April 2008.

Kami tidak buka booth tapi akan berserakan di dewan-dewan pameran PWTC.

Kau akan nampak Vovin dan Mat Jan bergilir-gilir terpacak tegak di booth PTS (Dewan Tun Razak 2, Lot 2071-2075 & 2080-2084). Sinaganaga mungkin akan duduk di kerusi plastik Dewan Tun Razak 2 pada 5 April, jam 3 petang mendengar edisi khas Kata-Suara Raja Ahmad (silap info ni OP, pada 5 April - Sinaganaga pergi ke RA (Raja Ahmad) Gallery/dia tak pergi ke PWTC pun dan RA Gallery bukan kat PWTC ya!). Tok Rimau akan sibuk di level 2 pada 6 April memborong buku-buku ilmiah untuk universiti selatan. Jigo dan Spyz akan berada di level yang sama membelek-belek buku bacaan sosial. Op di level 1 menemani isteri beratur mendapatkan tandatangan Imuda dan Nuds di booth Creative Enterprise. Samurai dan Amir Mukhriz di ruang legar PWTC berjinak-jinak dengan buku bacaan kanak-kanak. Pipiyapong mungkin kelihatan merayau-rayau mencari buku hal-hal enjin (dan buku Panduan Mandi Junub).

Kalau terjumpa kami, sapalah.