Monday, 31 March, 2008

Lelong

Pernah, buku penulis-penulis mapan dijual dengan harga diskaun yang serendah-rendahnya oleh pihak penerbit, alahai! Tetapi, hal yang demikian tidak pernah berlaku kepada buku-buku terbitan kami. Wo!

Bahkan, pada Maskara 7 yang baru lalu, kami telah melelong senaskhah buku berjudul K-Ei8ht yang 'masih dara' (karya kami sendiri dan terbitan kami sendiri yang berharga RM15 senaskhah) pada bidaan terakhir RM27. Pembida yang bertuah ialah Encik Zaharin.

Buku dan duit bertukar tangan. Encik Zaharin hulur RM30 dengan ucapan, "Keep the change!"

Thanks Encik Zaharin. Duit itu kami akan beli cerek elektrik. Supaya, pada tiap-tiap Maskara - kami boleh menyediakan teh o panas untuk hadirin.

Jimadie pun menjerit, "Kapitalis! Kapitalis!"

Humcha!

Friday, 21 March, 2008

Kumpulan Utusan-UTM anjur sayembara fiksyen sains

Dengan mengambil kira prospek masa depan sains sebagai ruang untuk penciptaan karya kreatif tersebut, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kumpulan Utusan mengambil inisiatif menganjurkan Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan.

Seperti dijelaskan oleh Pengarah Penerbit UTM, Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar, sayembara tersebut merupakan usaha kedua-dua institusi tersebut untuk meningkat dan menggalakkan manipulasi daya cipta, kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar tempatan, tenaga pengajar khasnya dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, sasaran utama penyertaan iaitu semua pelajar dan staf Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia, selain mereka yang berminat untuk menyertainya.

"Penyertaan ini terbuka kepada umum tetapi mereka mesti mestilah warganegara Malaysia dan karya wajib dihasilkan dalam bahasa Malaysia," katanya.

Sebagai penerbit ilmiah, UTM belum pernah menerbitkan genre Cereka Sains. Apabila melihat potensi buku jenis ini dapat membina minda dan berupaya menarik pembaca khususnya golongan muda untuk meminati bidang sains dan teknologi, satu usaha ke arah itu diusahakan.

"Kita melihat Kumpulan Utusan mempunyai pengalaman luas dalam penganjuran sayembara sastera dan penerbitan. Ini bertepatan dengan objektif UTM menarik minat penulisan rakyat Malaysia.

"Dengan adanya kerjasama dengan Kumpulan Utusan, Penerbit UTM yakin akan mendapat sebanyak mungkin penyertaan dan sayembara ini dilihat akan lebih berjaya,’’ tambah beliau.

Ahmad Zaki mengakui, Penerbit UTM pada dasarnya memerlukan rakan media/penerbit swasta yang berpengalaman luas dalam penganjuran sayembara serta berpengaruh untuk berganding bahu dalam usaha ini.

Sebagai penganjur bersama, UTM akan bertanggungjawab membiayai sepenuh kos berkaitan penganjuran sayembara tersebut termasuk kos hadiah, penganjuran bengkel penulisan, honororium panel hakim, mesyuarat panel hakim serta kos lain yang berkaitan.

Dalam pada itu, beliau berkata, hasil kerjasama tersebut, Kumpulan Utusan bersetuju berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam penganjuran sayembara novel dan seterusnya penerbitan novel.

Ini termasuk penyediaan kriteria penilaian dan jadual kerja penghakiman, pelantikan panel hakim, pengendalian mesyuarat penghakiman dan pelaporan, fasilitator bengkel penulisan dan proses lain yang berkaitan.

"Paling menarik, penyertaan terbuka kepada individu atau berkumpulan. Sesebuah kumpulan yang dibenarkan hendaklah tidak melebihi tiga orang ahli kumpulan.

"Peserta boleh menghantar seberapa banyak karya. Tiada had penyertaan sama ada bagi peserta individu atau berkumpulan," ujar beliau.

Sementara itu, majlis pelancaran sayembara dan majlis menandatangani MoU oleh UTM dan Utusan Melayu bakal diadakan pada 7 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah;

Pertama (RM15,000, watikah dan trofi), tempat kedua (RM7,500, watikah dan trofi), ketiga (RM5,000, watikah dan trofi) manakala lima pemenang sagu hati masing-masing akan menerima RM500, watikah dan trofi.

Sementara itu, keterangan lanjut mengenai sayembara tersebut hubungi Sekretariat Sayembara Fiksyen Sains & Teknologi, Penerbit UTM di 07-5218166 (Yosman Mohd. Bain)

* dipetik dari Utusan Malaysia Online

Sindiket Sol-Jah beli harta lagi

Image Hosted by ImageShack.us
"Apa di dalam kotak tu, bang?" Bini.

"Cerek. Abang beli untuk MASKARA nanti!" Laki.

"Bak sini, nak tengok!" Bini.

"Nah!" Laki.

"Laaa... ini bukan cereklah, bang! Ini Air Purifier!" Bini.

"HAH? Bukan cerek? HAH? HAH?? HAH???" Laki.

Monday, 3 March, 2008

Sol-jah ke Janda Baik

Sehari selepas MASKARA 7, pada pagi 02-03-2008, Sindiket Sol-jah ke Janda Baik untuk sesi pecah-otak. walaupun gambar-gambar di bawah anda cuma nampak kami makan, mandi dan mandi. itu hanya carmouflage. kami sebenarnya sedang membincangkan post-mortem MASKARA serta pelan-pelan tindakan dua kosong kosong lapan.


















lelaki kamera: op, vovin, tokrimau.

Sunday, 2 March, 2008

Saturday, 1 March, 2008

K-Eight untuk dibida!

Ada sebuah (aku ulangi, SEBUAH sahaja) buku K-Eight yang masih virgin lagi (aku bungkus dengan plastik) untuk dilelong pada Maskara 1 Mac 2008.

Jadi, kepada sesiapa yang TER-miss untuk memilikinya - sila bawa duit banyak-banyak kerana anda boleh membidanya nanti. Siapa tahu, mungkin malam itu malam bertuah anda!

Humcha!