Friday, 29 February, 2008

MASKARA 7

Klik untuk gambo lebih besar


MASKARA 7

Tempat: Rumah Pena
Tarikh: 01 Mac 2008
Masa: 830 Malam


- Penampilan istimewa Dean Sham sebagai juruacara berani mati,
- Buat pertama kali pasangan suami isteri beraksi di atas pentas (jangan fikir yang bukan-bukan) yakni Samurai dan Ahsuez,
- Dua awek istimewa (dan sudah tentulah comel), Liyana Yusof dan Miss Fynn,
- Fathi Aris Omar juga ada,
- Siapaa sebenarnya Hisham Salmin dan Iwan?
- Pelancaran buku Sai-Fai bakal best-seller yang pastinya gagal untuk mengalahkan 7 siri Harry Potter tapi sekurang-kurangnya mereka mencuba,
- Ada profesor kecil yang medium,
- Selebriti Nazri M. Annuar dengan sajak-sajak angkasalepas (dan kucing),
- Mungkin, hanya mungkin Mat Jan memperagakan fesyen terkini dari Ukraine.

dan banyak lagi.

Kami merayu agar anda semua datang memeriahkan majlis.

Wednesday, 27 February, 2008

Fadz previen K-Eight

Kate, enlighten me about k-ei8t
oleh FADZ

Mainan plot yang diusahakan sendiri sudah membuat kesongsangan naratifnya memikat: persoalan yang mula dibuka akan 'kematian Kate' dan 'tujuan' untuk mencari bagaimana Kate dibunuh ditransenden kepada komponen-komponen watak yang tidak 'sedar' pun kepentingan kewujudan Kate. Di sini, apa yang dapat dicapai oleh para penulis Sol-jah ialah bukannya mencari justifikasi dalam kematian Kate seperti genre sebuah novel penyiasatan tetapi makna dan kepentingan individualisme real dan sureal yang mengelilingi kematian Kate itu. Secara pendek, hidup, baik dimulakan dengan kematian atau kelahiran, perlu dirayakan. Secara tidak sengaja, cetusan naratif ini membuak satu keinginan berbunga yang sangat humanis dan sangat optimis akan kehidupan 'sementara' yang diberi Tuhan ini. Dan secara ironisnya, walaupun pada waktu 'mati'...

(Baca selanjutnya klik sini!)

Tuesday, 26 February, 2008

Jimadie preview K-Eight di Wasilah

Sunday, February 24, 2008

SASTERA BARU ERA BIG BROTHER
OLEH MOHD JIMADIE SHAH OTHMAN


...K-Eight, sebuah novel, cerpen, atau kedua-duanya (genrenya masih kurang jelas) tulisan beberapa penulis blog berbakat besar terkecuali daripada kelompok ini. Dalam dunianya, mereka telah menempa nama dan mendapat pengiktirafan lebih awal. Mereka mengusahakan blog selama bertahun-tahun dan mendapat hits harian yang amat tinggi.

Beberapa pengkitik sastera menamakan genre yang kurang popular ini sebagai nopen, gabungan daripada perkataan "novel" dan "cerpen". Genre ini dikatakan dirintis oleh Sasterawan Negara S. Othman Kelantan dengan novelnya Noghogo Astana dan penulis terkenal Anwar Ridwan dengan novelnya Naratif Ogonshoto yang membolot Hadiah Sastera Perdana.

Genre seperti ini lazimnya bermula dengan sebuah idea asas yang mendokong sebuah statemen. Kemudian, daripada idea asas itulah watak-watak dicipta dan dikembangkan untuk mendokong idea pengarang. Cerita seperti ini lazimnya sangat idealis dan ideologis. Nopen boleh dilihat sebagai sebuah keseluruhan; dalam masa yang sama berjuzuk-juzuk, boleh berdiri sendiri, tiada fokus cerita dan penuh dengan sub-plot.

Kedua-dua nopen penulis mapan di atas membawa tema satira yang agak juvenalia manakala dalam K-Eight pula dilihat lebih lembut, sesekali humor tetapi tetap pedas. Pendekatan ini dikenali sebagai horotia dan lebih popular di kalangan penulis....

(Baca selanjutnya klik sini!)

Tuesday, 19 February, 2008

Ayah Pin Hilang, Ayah Vin Pula Muncul




Apakah yang sedang dilakukan oleh Pengarah Maskara ini?

Adakah beliau sedang mengamalkan ritual ajaran sesat?

Monday, 18 February, 2008

SOL-JAH MASUK SURAT KHABAR

"Karya fiksyen bebas dan kontemporari itu ternyata merancakkan lagi perkembangan penulisan di negara ini. Kehadiran ramai muka baru dan tidak kurang juga yang sinonim dalam penulisan cerpen kreatif berpaksikan objektif yang sama - menyemai minat membaca!

Antara nama gah mewakili kelompok Penulis Angkatan Baru dalam bidang penulisan cerpen termasuklah Ruhayat X, Saharil Senin, Jerome Kugan, Tok Rimau, Sinaganaga, Mat Jan, Dianadinari, Fadz dan Nazri M Annuar (Vovin). "

Kebangkitan Penulis Underground oleh Fairuz Zaidan. Berita Harian. Sisipan I-kon. Ms. 15. 16 Feb. 2008.

Wednesday, 13 February, 2008

Pejam celik, pejam celik

Pejam celik, pejam celik pilihan raya... err.. maksud aku, MASKARA datang lagi.

Tolong tanda pada kalendar di meja pejabat kamu, tolong simpan dalam 'To-do list' handphone kamu. Buatlah apa saja, asalkan kamu ingat MASKARA 7 akan menemui kamu pada Sabtu 1 Mac 2008, 8.30 malam.

Bila aku tulis, "menemui kamu", bukanlah bermaksud bahawa MASKARA akan terbang melayang terus jatuh ke riba kamu, atau MASKARA akan dibawa oleh Encik Posmen untuk dihantar ke dalam peti undi.... err.... peti surat kamu. Ingat tu, adik-adik!

Seperti sebelum-sebelumnya, MASKARA masih lagi dijalankan di Rumah PENA. Ya, kami tahu, jalan ke situ sudah kucar-kacir sekarang. Tapi bersabarlah, adik-adik. Panjatkan doa banyak-banyak, supaya Sindiket Sol-Jah lekas-lekas kaya dan mampu beli bangunan sendiri yang semua orang senang nak datang, serta mempunyai ruang parkir yang luas dan cukup untuk semua orang.

Baru sekejap tadi, lepas Sinaganaga telefon aku, aku telefon pula Samurai. Kemudian, selesai berbual dengan Samurai, aku telefon pula Vovin.

Vovin marah-marah. Katanya, "Oh! Sebelum ni seorang pun tak hendak tolong aku. Tapi bila ada awek chomel, semua berebut-rebut nak tolong!!"

Ya, adik-adik! Ingat tu, menurut khabar angin yang bertiup kencang, kononnya ada awek chomel akan datang ke MASKARA kali ini! (Bagi kami, semua awek-awek yang datang ke MASKARA, chomel-chomel belaka! Sungguh!!)

Lagi sekali aku ingatkan bahawa parlimen dibubarkan... err... maksud aku, MASKARA akan dijalankan di Rumah PENA, Sabtu 1 Mac 2008, 8.30 malam.

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Sunday, 10 February, 2008

Sindiket Sol-Jah goes to Baca Puisi PENA

Malam Baca Puisi PENA yang 'banyak' walaupun sedikit.

Aku, Vovin, Spyz, Tok Rimau, dan Kangaq (date Vovin malam itu) duduk di baris kedua kerusi-kerusi tiga baris di halaman rumah PENA. Kerusi di barisan hadapan dibiarkan kosong: sebagai perisai dari sasaran muncung-mungcung kamera juru gambar. HA HA. Kamikan popular! Ada gadis-gadis comel duduk di baris ketiga. Kejap. Gagal mendapatkan autograf kami - mereka berlalu pergi.

S.M. Zakir menyanyi. Pemain gitar letih nak kejar. Perut aku rasa macam nak pecah. Chaiyok Zakir, chaiyokkk! Wo, rugilah siapa tak datang.

Dr. Ahmad Razali (bapak Bob) jadi juru acara. Pick sana, pick sini - suruh kawan-kawan baca puisi. Kami kecilkan diri, takut kena pick jugalah. Ha ha. Ada sekali Sutung Omar RS jadi juru acara. Dia pick Khalid Salleh - suruh baca puisi.

Zubir Ali menyanyi juga. Dua lagu.

Vovin bisik, "Suatu hari nanti, kita buat poster Maskara kosong tanpa nama peserta - kita pick sana, pick sini (dari kalangan hadirin) - suruh baca apa saja." Ha ha.

Kami nak tengok berapa ramai hadirin akan kecilkan diri, takut kena pick jugalah.

Oh, kami ada bergambar kenangan dengan Wak Khalid - mana dia?

Sunday, 3 February, 2008

Selamat tinggal kawan!

Sdr. PanahArjuna telah meninggal dunia di antara 2 - 3 Februari 2008 ketika tidur.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Al-Fatihah.

http://panaharjuna.blogspot.com/

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MASKARA 6 (2)

. sambungan gambar sekitar maskara enam .
























... inilah ahli-ahli sindiket sol-jah

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MASKARA 6...

[ jika anda inginkan original file, sila tinggalkan e-mail di comments ]


















tok rimau, pengerusi majlis yg gila kuasa...hak hak hak... (aku syak dia offer nk jadi MC sbb dpt perform lebih lama dari org lain he he he... camne pun berjaya menjalankan tugas dgn cemerlang, gemilang dan terbilang [background muzik : politik politik pembohongan sistematik.. politik politik....]




nuras, lagu dari tebing sungai (kole kangsor). best... bab2 akustik ni memang wa suka...
aku tgk jualan CD demo depa jugak sangat laris...



sufian abas membaca salah sebuah karya beliau dari buku 'kasut biru rubina' yg akan dilancarkan pada 16/2/08 nanti di central market annexe...



chairman mao deansham sedang melakukan 'komedi berdiri' berani mati...




che guavera deansham pula...



sesi makan-makan, borak-borak, kenal-kenal dan beli buku/CD... crowd malam ni amat memberangsangkan, sekitar 50 org... makanan malam itu ditaja oleh PTS dan disediakan oleh nida pinkplaton...



nuras, perform sekali lagi dgn penyanyi utamanya nur azmi... salah satu lagunya 'aku bukan bohjan'. lagu diorang memang catchy, tapi sbb baru first time dengar tak dapat le nak singalong...





nazim masnawi dari komikoo... dgr cerita ramai tak puas hati lepas dia baca artikel 'tentang nostalgia' dari komikoo feb08. almaklumlah ramai hadirin terdiri dari otai2 (baca: tua...) belaka ha ha... nostalgia sekurang2nya dapat menjadikan depa 'muda' (inside) seketika...



barisan soljah dari kiri : pipiyapong, jigo (dan anaknya, dian, yg semakin comel dan keletah...), amirmukhriz, matjan, sinaganaga, Op,
bawah dari kiri : tokrimau, vovin dan spyz...
tiada dalam gambar : samurai, tidak dpt hadir dgn alasan kukuh...


gambar2 lain :

sufian abas...

Friday, 1 February, 2008

Rebiu K-Eight yang lain

Basri tulis,

Secara peribadinya, aku menyukai K-Eight kerana isinya yang semua dalam satu. Dari kisah lawak jenaka kasar laki bini, kisah hantu, budak main basikal BMX, hinggalah cerita kucing betina hamil luar nikah. Senario sehari-hari yang biasa kita lihat dan dengar di blok rumah pangsa misalnya.
[ baca selanjutnya ]


Attoch tulis,

Okey, keseluruhan karya membuatkan pembaca menyukainya. Ada menceritakan gaulan perasaan lucu, lucah, seram, panik, sedih, suspen dan gempira. Baik punya! Pembaca pasti akan terus menelusuri helaian demi helaian Puas... Ahhh! Dan berbaloi pula jika membelinya. Lebih bagus beli banyak-banyak bagi satu keluarga baca.
[ baca selanjutnya ]