Thursday, 31 January, 2008

Memperkenalkan...

Hari tu Sinaganaga telefon aku. Dia cakap, "Aku nak tarik Pipiyapong masuk Sol-Jah."

"Siapa?!" Aku tanya. Sebetulnya, memang aku tak kenal mamat ni. Hati aku berdetik, entah kutu berahak mana pula dia nak bawa masuk ni. Ha ha!!

"Kenapa Pipiyapong?" Aku tanya.

"Kalau kereta perisai kita rosak, dia boleh baiki," Sinaganaga balas, "Meeting nanti, aku datang dengan dia. Kau sediakan soalan untuk interview, ya!"

Dengar khabar dia terlibat dalam projek Goblog (bukan produk Sindiket Sol-Jah).

Dengar tu adik-adik. Ya, betul Sinaganaga adalah Ketua Turus Sindiket Sol-Jah, tapi bila tiba hal ehwal pengambilan ahli baru, selalunya aku yang akan dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Panel Penemuduga.

Saja aku bagi soalan susah-susah, biar calon temuduga tak dapat jawab.

Masa Samurai nak dibawa masuk pun, aku juga yang jadi panel penemuramah. Masa sesi temuduga Samurai, aku bawa Dian sekali. Aku tanya soalan, Samurai jawab tak berapa cantik. Apa dia ingat, aku main tiup-tiup api lighter dengan Dian, aku tak dengar jawapan betul-betul ke? Ptuih!!

Hari yang ditunggu tiba. Sinaganaga datang dengan Pipiyapong. Habis saja meeting kami, sesi temuduga pun bermula. Tergagap-gagap Pipiyapong menjawab. Kejap-kejap "Hah?", kejap-kejap garu kepala. Ha ha!!

Tapi akhirnya Pipiyapong juga diterima masuk sebagai rekrut.

Tugasan pertamanya merebiu K-Eight pun dilakukan dengan agak baik. Tugasan seterusnya ialah kerja-kerja pra-produksi MASKARA.

Komen Sinaganaga pasal rekrut terbaharu kami ini, "Bagus Pipiyapong ni sebab dia bisu!" Ha ha!

Saksikan kemunculan ulung Pipiyapong di MASKARA 6, 2 Feb 2008, jam 8.30 malam.

Monday, 28 January, 2008

MASKARA 6

Ya, jangan lupa temujanji kita:

RUMAH PENA
SABTU, 2 Februari 2008
830 Malam

Kita raikan cinta. (baca: raikan awek nampak pusat dan gedik tak tentu pasal).

Klik untuk gambar lebih besar

Peta Ke Rumah Pena (kalau sesat sila telefon kami)

Sunday, 20 January, 2008

the making of MASKARA 6

hari ini sembilan anggota sindiket sol-jah hadir
(tokrimau penat gig semalaman) bagi membuat
persediaan untuk MASKARA 6.












Tuesday, 15 January, 2008

PIPI REVIEW K-EI8HT

K-Eight bukan main-main punya buku brader...

Di dalam buku K-Eight ini, terdapat 9 buah cerita yang ditulis 7 kutu yang gua rasa ramai dah 'in'. Sinaganaga, Samurai, Mat Jan, OP, Jigo, Vovin dan Tok Rimau. Asmawi Ani takde. Semua cerita berkenaan penghuni Blok K-8 rumah pangsa kos rendah. Pusing-pusing line situ juga. Rumah Pangsa atau rumah flat itu 5 tingkat. 20 buah rumah. Banyak lagi kosong. Sewa dia gua tak tahu berapa.

9 buah cerita di dalam buku ini menampilkan pelbagai watak daripada Pakcik Sudararajah yang nyanyuk hingga ke Usman, budak sekolah rendah yang ada basikal BMX. Di samping itu muncul juga James seorang jurufoto yang gemar minum Livita, Brader jual burger, Romlah yang khabarnya ada sugar daddy, Is yang memiliki Hyundai Getz, budak-budak UiTM rumah semak hisap ganja tepi tingkap, Rocker kuat kelahi laki bini, Utnah si hantu, Bobby si anjing, Ruby si kucing, budak-budak tabligh yang tak habis-habis dengan tazkirah, Kate seorang makwe cun baru pindah dan ramai lagi. Masidol, wartawan versi penyiasatan terkenal turut terselit.

Licik juga buku ni. Ah malas gua cerita lebih-lebih. Lu angkat sendiri tengok..

(Versi penuh klik sini
)

projek sol-jah dua kosong kosong lapan

Untuk tahun dua-kosong-kosong-lapan, Sindiket Sol-jah akan meneruskan projek penerbitan buku dan penganjuran Malam Membaca Naskhah Sindiket Sol-Jah da Kawan-Kawan Yang Kita Suka (MASKARA).

Projek-projek jalanraya, bangunan pencakar langit, pembentungan dan franchise makanan segera, MASIH perlu tunggu.

Monday, 14 January, 2008

ULAS MXYPLTK

Reviu



Kolaborasi 7 pemuda (ada pemudi?) yang berjaya menghasilkan cerita dalam cerita, watak-watak empatik dan simpatik yang berinteraksi antara satu sama lain, di mana akhirnya semua itu kembali bersarang dalam satu blok perumahan pangsa (apartment?) yang dinamakan blok K-8.

Setelah puas menghening cipta, barulah aku dapat tangkap maksud simbolik K-8. Perhatikan siapakah nama watak sentral yang disebut berulang-ulang dalam setiap cerita pendek yang ditulis. Kate. K-8. Kate. K-8. K-ate...

'K-eight' bagai ada semua; psikoanalisis, misteri sixth sense, elemen rasa bersalah boleh menghantui kembali (ala Edgar Allan Poe's The Tell-Tale Heart, cuma kini melibatkan kucing), kritikan sosial (isu demonstrasi dan "ini bukan budaya kita") dan sindiran kepada personaliti terkenal Malaysia.

Bukan, 'K-eight' bukan bacaan no-brainer, malah pada satu-satu ketika ia begitu menggigit minda anda, memeras anda untuk berfikir dengan lebih lateral. Silalah berkunjung ke blok K-8, anda tidak akan kerugian melawatinya.

-----

Tadi adalah cut paste dari entri beliau di Ulas Buku

Terima kasih kerana sudi membaca karya kami.

KOMEN HAKIM

Berikut adalah komen yang diberikan melalui emel oleh saudara Abdul Hakim. Buat aku bangga pulak terlibat dalam produksi K-Eight ini.

---

Apa yang korang semua (Sindiekt Soljah) tulis dlm K-eight aku dah baca.
Sangat menarik, tak pernah lagi rasa aku somebody come out with this kind of product (maybe 'Hostel Debaran Kedua')
Betul ke K-eight dan Kate itu ada kaitan?

Maksud aku K-ate kalau kita pecahkan sukukata bunyi macam K-eight.


----

Terima kasih kerana membeli dan membaca.

Saturday, 12 January, 2008

Op pulak kata tentang K-Eight

K-Eight kami,

vendido hacia fuera.

продано вне.

heraus verkauft.

يبيع خارجا

uitgever*kopt.

slutsålt.

完売される.

yilek.

全部售光.

sold-out.

sudah habis.



Terima kasih daun keladi.

Wednesday, 9 January, 2008

Apa kata Jigo tentang K-Eight

Sebaik habis membaca cerpen aku dalam K-Eight, isteri aku kata, "awak tulis lucah, bahasa awak kasar!"

** ** ** **

K-Eight adalah seperti gugusan angin yang terhimpun di bawah sayap rama-rama di Brazil. Aku harap, satu hari nanti, ia boleh menjadi tornado di Texas.

Kalau sebelum ini, pembaca dihidangkan dengan bebola idea dan tema Kudeta dan Kalashnikov, kali ini dengan K-Eight kami mahu menguji kemampuan mengarang karya yang watak-wataknya disatukan oleh situasi. Dan watak-watak silang menyilang dan menyokong antara sama satu lain.

Kalau kau sudah terbiasa dengan filem-filem Alejandro González Iñárritu, aku kira, tak jadi masalah untuk kau menghadam kisah-kisah di dalam K-Eight ini.

** ** ** **

Cerpen yang menjadi pilihan aku dalam K-Eight ialah Bongek Kuasa Dua oleh Samurai.

Bukan cerpen rakan-rakan lain tidak menarik, cuma aku sudah terbiasa dengan persembahan Mat Jan, Tok Rimau, Vovin, Sinaganaga dan Op, jadi sudah tiada lagi elemen surprise lagi. Tapi sebaik sampai di noktah terakhir cerpen Samurai, aku berkata, "Oh, man!" (Sila rujuk Dora the Explorer untuk sebutan yang tepat.)

Cerpen Samurai seperti ular yang melingkar dalam bulatan; kau baca dan akhirnya kau akan dibelit. Dialognya kalaupun tidak segar tapi memikat. (Siapa kata klise adalah perkara yang membosankan?) Watak-watak dalam cerpennya terkinja-kinja meminta perhatian. Emosi mereka kental, psikologinya menyakinkan. Apa lagi yang boleh aku katakan selain pujian yang melambung-lambung?

Kalau Mat Jan cuma beri tiga bintang untuk cerpen Samurai, aku lebih bermurah hati dengan memberinya 4.25 bintang. (Tak sia-sia aku melobi agar Samurai ditarik masuk untuk mengukuhkan barisan Sol-Jah. Ha ha! Jangan lupa Samurai, masukkan wang seperti yang kau janjikan terus ke akaun Maybank aku. SEGERA!)

** ** ** **

"Buku yang menarik," kata isteri aku lagi. "Bahasa Tok Rimau menarik, cerita Naga menarik. Mat Jan seperti biasa, dengan lawaknya. Watak-watak cerpen Samurai, best."

Dia tak sebut nama Op dan Vovin. Maaf!

** ** ** **

K-Eight adalah cuma satu dari ribuan tompokan warna dalam lukisan aliran pointilism. Ia mungkin tidak sempurna, kerana bukan itu yang dikejarnya. K-Eight berusaha meninggalkan ruang-ruang di antara watak-wataknya untuk kau fikir (dan isi, kalau mahu.)

Dapatkan segera, selagi stok masih ada. Tidak terdapat di kedai-kedai mamak (dan toko-toko buku besar berhampiran anda). Hubungi terus penulis-penulis* untuk pesanan.

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

* Nota: Jangan hubungi Sinaganaga, stoknya dah lama habis!!

Sunday, 6 January, 2008

KOMEN AMYZ

Berikut adalah komen dari seorang blogger wanita yang baru usai membaca K-Eight.

Satu lagi buku keluaran Sol-Jah. Damn! Cemburu aku semakin bertambah dengan pengeluaran buku mereka.

Tambahan pula, gabungan penulis-penulis hebat - Mat Jan, Vovin, Naga, Tok Rimau, Jigo, Op dan Samurai menjadikan K8 sukar dilepaskan.

K-8. Tentang pelbagai kisah di satu flat bernama K-8. Tempat yang sama tetapi dari pandangan dan watak yang berbeza-beza dari penulis yang berbeza.

K-8 berbeza kerana, kau tidak dapat menilai si penulis, tetapi watak yang ditulis. Sebenarnya kau mencari watak mana yang ada dalam diri kau sendiri. Mungkin tiada kena-mengena dengan kau, tetapi, ada kena-mengena dengan kau.

Unik. Cerita macam bersambung, tetapi berbeza. Dan punya pengakhiran yang sama. Aku paling suka cerita Biawak Cecah Coklat dan Dia Buang Piano? karya Mat Jan.

Watak yang aku suka, Uncle Nyamuk, Is dan Budak-budak UiTM.

Aku juga suka Prolog dan Penutup oleh Sharpi The Cat.

boleh juga baca di laman web beliau di sini.

Tuesday, 1 January, 2008

Komen MARDHIAH

Aku dah baca, dan mau review kalau dapat petanda baik. Aku sudah baca review dari Mat Jan dan siapa lagi seorang tuh. Tapi aku melihat naskhah ni sebagai sebuah novel lengkap... macam duet Pilot Cafe dan Cinta Tragedy dan apatah…

Analoginya:
Aku melihat satu kugiran yang menyampaikan sebuah (satu lagulah, bukan konsert banyak-banyak lagu) persembahan yang sangat menarik sekali. Lagi sekali tahniah! Tak pernah dibuat dek orang. First time aku baca. Itulah sebenarnya kunci kekuatan kita… daya fikir holistik, bangsa lain tak leh bikin wa cakap lu, bergelen pun sperma mahasiswa kita yang terkorban, tak boleh ciplak, duplicate apa yang Allah dah bagi pada umat Nusantara ni. Korang memang ada kelas!!!