Tuesday, 11 September, 2007

MASKARA 4 - DARI PENGANJUR

Edisi Maskara 4 berlangsung dengan jayanya di bawah bumbung rumah PENA yang sehingga kini masih berdepan dengan masalah "kat mana tu?"


Majlis kali ini terpaksa bersaing dengan majlis Anugerah ERA yang lebih cool dan Tatu Polis yang lebih impak maksimas, yeahaaa!

Masalah makanan dan minuman berjaya diselesaikan tanpa sebarang rusuhan etnik bila Che Daun sudi membuat teh o panas dan Jonos menyumbang kuih muih serta kedatangan kek bergolek Swiss (Swiss Roll Cake) dari Marikh.

Berikut apa yang telah terjadi;

Che Amyz sebagai pengacara majlis wanita pertama dalam sejarah MASKARA. Hebat! Hebat! Tiada gadis yang boleh menandinginya dalam bidang pengaturcaraan.


OP dan Mulan bergandingan membaca entri dari dalam kelambu seterusnya mencabar Nurul dan Ajai (R.I.P) dan Angie Jolie dan Brad Pitt sebagai pasangan selebriti tauladan.


Fakhrul Anour membaca sedutan beberapa bab dalam novel beliau, Cinta Tunggal SERTA bahagian pengakhiran novel tersebut. (Baca spoiler).


Mat Jan membaca 8 sajak nukilan beliau.


Elmaaniq dengan semangat kesukanan yang tinggi memberi sokongan sebagai wakil Narayuda bila King Binjai tidak dapat hadir atas masalah kesihatan dan Esis terpaksa menghadiri penggambaran.



Nur Azmi memperkenalkan novel grafik terbarunya, "Kasih dan Awang". Dia ada band post punk bernama Nuras.


Giliran Attokz dengan karya beliau. Che MC tersilap sebut nama bapanya.


Nizam Zakaria membaca sedutan dari novel terbarunya, Seri Tertangguh dan bercerita serba sedikit perihal projek drama bersiri yang sedang dia usahakan.


Jimadie dan kawan-kawan membuat persembahan membaca sajak dalam Bahasa Melayu dengan iringan Bahasa Isyarat Malaysia dan Kod Tangan Bahasa Melayu. Unik.


Jigo naik ke pentas dengan satu sajak dari penyair kegemarannya.


Che Daun membaca entri Pink Platun. Membaca entri pasca- erotik.


Pyanhabib terjun dari tingkap untuk mendeklamasi sajak.


Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. InsyaAllah Maskara 5 akan berlangsung pada Disember 2007. Kami akan berhenti rehat sempena Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menyapa sebentar lagi.

Mungkin nanti boleh berkenalan dengan Temonggo The Cat.


Untuk koleksi gambar Maskara hasil tangkapan jurugambar rasmi Sol-Jah, Bart Ahmad, sila ke sini: Flickr Sol-Jah

Tuesday, 4 September, 2007

MASKARA 4

Siapa kata tak ada? Atau, ini yang terakhir? Jadi, beri sokongan anda!

Klik poster untuk gambar lebih besar

Hola! Hola!

MASKARA 4 beb!

Tarikh: 8 September 2007
Masa: 830 malam
Tempat: Rumah Pena

Pengacara yang cun: Amyz

Pembaca yang tampan:

- Fakhrul Anour (novelis Gempak Starz)
- Nizam Zakaria (novelis dan pengarah drama tivi)
- Kumpulan Narayuda (lelaki metroseksual yang teksual)
- Hafiz 'Jelir' (Penyair yang mempunyai lidah)
- Zaifulnizam 'Attokz' Wagiran (SPB Pena)

- Pelancaran novel grafik Kasih dan Awang oleh Nor Azmi Mokhtar
[Harga asal buku RM17 - malam tu pengarang kasi kurang harga, berapa?, tatau ha ha. Malam itu juga Nor (kami panggil dia 'Nor', sebab karyawan wanita teramat kurang benar mahu turut serta dalam MASKARA) akan memetik gitar sambil menyanyi.]

Pembaca yang sederhana sahaja tampan (tapi kecantikan hak milik semua mahkluk):
- Mat Jan

Pembaca suami isteri yang berlain idealisme:
- OP dan Mulan

...dan, manalah tahu, jika
- Pyanhabib
mahu membacakan satu dua sajak.

BONUS:
- Open mic
- Makan dan minum dan berkenalan dengan gadis nampak pusat.
- Jualan buku dan zine
- Berkenalan dengan Sharpi Sang Kucing (Sharpi The Cat).

Sila datang ya.