Friday, 27 July, 2007

MASKARA 3


Tarikh: 04/088/2007
Masa: 830 Malam
Tempat: Rumah Pena (sila perhatikan pelita-pelita yang dipasang menghiasi jalan ke arah Rumah Pena
Siapa boleh datang?: Kamu, kamu, kamu...ituuuuuu kamuuuuu
Siapa Naik pentas?:

- Mohd Dahri Zakaria (esastera)
- Muslim Ismail (Mukhsen X)
- Indera Kencana dan King Binjai
- Taf Teh (Moluska Tatami)
- Fairul Nizam
- Sinaganaga
- Ramdan Che Hassan (Novelis thriller penyiasatan yang sedang meningkat naik)
- Anj & D'Gang (kugiran jemputan)

Datang le...

Thursday, 12 July, 2007

MASKARA 2 DI DADA AKHBAR


Klik gambar untuk versi hi-res

Maskara II tampilkan penyair veteran

DI ANTARA penyair-penyair muda yang tampil pada Malam Membaca Naskhah Sindiket Sol-Jah da Kawan-Kawan Yang Kita Suka (Maskara II) yang berlangsung di Rumah Pena, baru-baru ini kelihatan sosok penyair veteran, Pyanhabib.

Kehadiran beliau mempunyai makna tersendiri; pertama, ia sedikit mengubat rindu khalayak sastera ibu kota setelah lama tidak muncul mendeklamasi sajak dan kedua, memberi pendedahan dan berkongsi pengalaman tentang kepenyairan.

Tidak dinafikan, Pyanhabib merupakan salah seorang ‘produk’ kumpulan Anak Alam yang menekuni bidang kepenyairan sejak penghujung 1970-an.

Di sisi lain, Maskara akan terus cuba memperluaskan cakrawalanya sebagai program sastera alternatif. Dan, kehadiran Pyanhabib membuktikan ia sebagai program untuk semua.

Ia sejajar dengan objektif Maskara II yang mahu menjadikan program tersebut sebagai medium pertemuan antara penulis mapan, baru atau sekadar penulis blog.

Namun, kehadiran penulis mapan seperti Pyanhabib sebenarnya dapat membuka ruang perkongsian pengalaman, teknik dan pendekatan dalam pembacaan naskhah mahupun puisi.

Ini kerana, sebahagian besar pembaca naskhah atau penyair pada Maskara terdiri anak-anak muda yang masih cetek dalam dunia kepenyairan dan kesusasteraan tanah air.

Antara pembaca naskhah pada majlis tersebut ialah Spyz dari Sindiket Sol-Jah yang mendeklamasi puisi Aku karya penyair agung Indonesia, Chairil Anwar.

El-Maaniq dan Esis dari Narayuda pula membaca naskhah yang dipetik daripada antologi puisi Masuk Barisan manakala Fazli Al-Akiti pula membaca naskhah Jembalang Sudah Datang.

Pengacara malam baca naskhah tersebut, Zaifulnizam Wagiran turut mendeklamasi puisi Seperti Hati yang dipetik dari antologi Bicara Tanpa Suara.

Turut membaca naskhah aialah Azwan Ismail serta persembahan petikan gitar (tanpa nyanyian) oleh Anjang.

Persembahan lain ialah permainan gendang dan serunai oleh kumpulan Gemala Kasturi di bawah pimpinan Serunai Fakir.

Keseluruhan naskhah dan puisi yang dibaca dipetik daripada antologi Jiwa Kacau, Masuk Barisan, Kudeta, Kalashnikov, Pink Platun, Ayah Kita Boss dan Jongkang Jongket.


Tuesday, 10 July, 2007

MASKARA 2 - GALERI FOTO



Sedikit gambar-gambar sekitar MASKARA 2 di sini: Galeri Foto

Gambar-gambar agak, err...kurang ketrampilan kerana jurufoto-jurufotonya asyik memandang keindahan tuhan, gamaknya.

Ihsan: Amyz muah!muah! dan Spyz puah!puah!

Monday, 9 July, 2007

DARI PIHAK PENGANJUR

Sedikit kemasukan dalam blog aku: Dari pihak penganjur

Terima kasih kepada semua yang sudi hadir.

Untuk sebarang maklumat atau ingin menyertai Maskara akan datang boleh hubungi aku di:

Telefon: 012-3597857 (Nazri)

E-mel: nazri123456789 at gmail dot com (kalau berhubungan dengan e-mel, pastikan periksa pada spam box sebab e-mel yahoo (selalunya) suka letak e-mel aku di spambox (Yahoo dengki sebab Gmail lagi kewl).

YM: vovin_realm

Maskara 2

Image Hosted by ImageShack.us
Serunai Faqir and the Gemala Kasturi

Image Hosted by ImageShack.us
Attokz

Image Hosted by ImageShack.us
Esis dan El-Maaniq

Image Hosted by ImageShack.us
Azwan Ismail

Image Hosted by ImageShack.us
Alif Firdaus Azis bermain silap mata

Image Hosted by ImageShack.us
Esis

Image Hosted by ImageShack.us
Fadli Al-Akiti

Image Hosted by ImageShack.us
Pentas MASKARA

Image Hosted by ImageShack.us
MatJan

Image Hosted by ImageShack.us
Pyanhabib

Sunday, 8 July, 2007

Pra Maskara 2

Vovin: selaku pengarah program, menunjukkan apa yang dikatakan 'kepimpinan melalui teladan'


Jigo: mengambil masa dua minggu untuk memikirkan setting prop supaya selepas-selepas ini, penggunaan tangga tidak lagi diperlukan.


Spyz: sambil buat kerja, sambil memikirkan gaya terbaik untuk mendeklamasikan sajak Aku (dan pada malam tersebut, Spyz membuktikan dia juga mempunyai bakat di dalam mendeklamasikan sajak!)



Sinaganaga: macam biasalah, dengan gaya ketua turusnya.




Amir Mukhriz: "kau banyak duduklah Amir!" komplen Sinaganaga.

Hhehehhe.


***


(Syukur, program pada malamnya, berjalan dengan lancar dan bertambah baik daripada panganjuran MASKARA yang pertama. InsyaAllah, akan lebih baik, pada penganjuran yang akan-akan datang. Terima kasih kepada semua yang menyokong!)

Thursday, 5 July, 2007

Maskara 1 dapat liputan akhbar


Sila klik untuk gambar lebih hi-res!


Baca Naskah Sindiket Soljah aktiviti sastera alternatif

Oleh Azman Ismail

MALAM Baca Naskhah Sindiket Soljah dan Kawan-Kawan yang Kita Suka (Maskara) mungkin terlalu asing kepada khalayak sastera di negara ini. Namanya juga terlalu asing dan pelik.

Namun, majlis tersebut merupakan program alternatif yang mampu memperkayakan kegiatan sastera di negara ini. Ia memberi peluang kepada penulis dan penggiat seni yang belum mapan, tidak mahu mapan, tidak dikenali dan sebagainya untuk bertukar-tukar pendapat.

Selain itu, program baca naskhah tersebut juga bertujuan menjadikan sastera sebagai medium pertemuan antara penulis daripada semua aliran dan mengukuhkan tali persahabatan serta mewujudkan persefahaman ideologi, pemikiran, taraf, agama dan keturunan.

Tidak ada acara formal. Antara pembaca dan penonton bebas berinteraksi menerusi pembacaan naskhah sama ada fragmen daripada novel, antologi puisi, nyanyian dan muzik.

Sesiapa sahaja boleh mencurahkan kreativiti yang terpendam. Sebagai satu ruang berkarya, melontarkan idea dan mungkin juga mempromosikan karya masing-masing.

Sehubungan setiap peserta atau penonton tidak dibebankan dengan persoalan kewangan. Mereka boleh datang menikmati semua pertunjukan atau persembahan tanpa perlu membayar apa-apa.

Bagaimanapun, majlis tersebut dan Maskara tetap mempunyai orientasi tersendiri dalam memartabatkan sastera tempatan sekali gus mengeratkan hubungan antara penulis berbilang kaum.

Dengan kata lain, Maskara dan program membaca naskhah tersebut cuba mencari ruang-ruang dan peluang-peluang baru untuk menyatukan penulis-penulis tanah air tanpa ikatan ideologi, aliran dan latar belakang.

Sementara itu, pada majlis Baca Naskhah Sindiket Soljah yang berlangsung di Rumah Pena, Kuala Lumpur baru-baru ini lebih 20 penulis dan penggiat sastera muda mengambil bahagian.

Ia melibatkan pembacaan cerpen, fragmen novel dan deklamsi sajak yang dipetik daripada antologi dan novel Jiwa Kacau, Masuk Barisan, Kudeta, Kalashnikov, Pink Platun, Ayah Kita Boss serta Jongkang Jongket.

Antara pembaca naskhah pada majlis tersebut ialah Amir Mukhriz yang membaca cerpen Gadis Pemburu Cinta yang dipetik daripada antologi Kudeta, Nida (Cerekarama) dan King Binjai (Dinding).

Panaharjuna pula membaca 40 Bingkisan Hati manakala Jigo membaca cerpen Peluru Tak Bermata yang dipetik daripada antologi Kalashnikov.

Persembahan dan majlis baca naskhah tersebut turut diserikan dengan persembahan muzik oleh Izzi dan Materabak.

Tuesday, 3 July, 2007